Free Shipping on Every Order
Free Shipping on Every Order
Cart 0

Cara Cek iPhone Original atau Fake

• Cara Mengetahui iPhone Original • Cara Semak iPhone original • Tips

Cara Semak iPhone Original. Telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone, merupakan salah satu gajet paling popular di pasaran. Oleh kerana peranti itu direka dengan design menarik, berkualiti, lancar, dan mempunyai trademark tersendiri, ramai yang ingin memilikinya.
Walaubagaimanapun, ramai pengguna terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki iPhone disebabkan harganya terlalu tinggi. Di Amerika Syarikat iPhone dijual sekitar $699, tetapi di Malaysia sebuah harga sebuah iPhone sama seperti sebulan gaji.
Disebabkan terlalu ingin memiliki peranti itu, ada yang terperdaya dengan membelinya dengan harga murah tanpa mengetahui iPhone itu ori atau tidak. Akhirnya pembeli kecewa dengan kualiti tidak seperti yang diharapkan kerana terdapat beberapa sokongan tidak berfungsi dengan baik.

Cara Semak iPhone Original

Setiap iPhone atau mana-mana peranti iOS keluaran Apple mempunyai nombor siri tersendiri seperti IMEI (International Mobile Equipment Identity), MEID (Mobile Equipment Identifier), CDN, dan ICCID. Anda boleh temui nombor siri pada:

1. Di bahagian Settings > General > About 


2. Pada sim-tray


3. Di belakang telefon. Katakan anda perlukan bantuan Apple support, tetapi tidak dapat akses iPhone, nombor IMEI/MEID tertera pada belakang telefon.


4. Pada iTunes. Nombor siri ini turut boleh didapati pada iTunes. Sambungkan iPhone anda pada iTunes, klik 'Summary' dan nombor siri akan tertera pada skrin. 
 

5. Kotak iPhone. Jika anda masih simpan kotak iPhone, nombor isir beserta barcode tertera padanya


Semak nombor IMEI


Layari  - https://checkcoverage.apple.com/my/en/ dan masukkan nombor IMEI untuk semak sama ada iPhone anda berada dalam pengkalan data Apple.

 


 

Model iPhone dan tarikh warranty akan tertera jikan iPhone anda adalah original. Jika ia memberitahu "we're sorry, but this serial number is not valid. Please check your information and try again," iPhone anda PALSU! Sorry...

Pastikan anda membeli iPhone di Apple Store, syarikat telekomunikasi pengedar yang berdaftar dan diiktiraf. Jangan gelojoh untuk memiliki telefon baru, hati-hati dengan iPhone yang dijual pada harga terlalu rendah hingga tidak masuk akal.

 

Berminat nak beli iPhone? Jom tengok website Phonerampage.


← Older Post Newer Post →


  • mie on

    assalam
    andai ip replaced .Akan keluar we are sorry jgk kan?


Leave a comment